My Video Live

Thursday, September 24, 2009

Raya 2009

A'kum, semua...!!Saya, Nureen ingin menceritakan kisah kami sekeluarga sebelum raya 2009.Kami bertolak ke kampung kami iaitu di Teluk Intan pada hari Khamis selepas buka puasa.Kami sampai kira-kira pukul 9.30 mlm....Pada malam itu kami sungguh letih kerana mengemas barang-barang hari raya lalu kami terus tidur...Pada keesokan harinya, ayah menolong atuk mengukus lemang manakala mama dan uda (mak cik) menolong opah memasak rendang ayam, kuih raya, kek dan juadah-juadah lain.Saya dan adik-adik melayan karenah adik bongsu kami, Nurul Afieqah dan seorang lagi sepupu kami iaitu Athirah....Pada malam itu, kami bermain bunga api tapi tidak begitu seronok kerana kami masih menantikan kepulangan mak ngah dan andak kami yang berada di Shah Alam.Andak sampai di kampung pada waktu sahur hari Sabtu iaitu dalam likungan pukul 4.30 pagi.Manakala Mak ngah sekeluarga sampai petang hari sabtu...Kami dan sepupu-sepupu yang lain bermain di hadapan rumah atuk..Suasana pada ketika itu sungguh seronok sekali....Pada malam raya,apalagi kami,ayah, pak su dan andak bermain bunga api dan mercun..Esok raye..!!!Itulah tanggapan sepupu-sepupu kami yang masih kecil.Pada pagi raye, saya menemani opah pergi sembahyang raya di masjid berdekatan.Kami sampai agak lewat dan menyebabkan kami sembahyang di belakang kerana sudah penuh..Semasa kami berada di sana ada peristiwa yang menyedihkan.Seorang lelaki tumbang semasa sembahyang raya kerana mengalami penyakit strok.Selepas sahaja kami semua sembahyang, ambulan sampai untuk mengangkut lelaki tersebut.Sampai sahaja di kampung kami semua bercerita tentang peristiwa tersebut.Masih ramai lagi keluarga kami yang belum bersiap.Seperti mama, uda dan mak ngah kerana hendak menyiapkan anak-anak mereka.Selepas semua orang bersiap kami semua bersalam-salaman.Uda menangis kerana sedih begitu juga opah dan mama....Sepupu-sepupu kami seronok kerana dapat duit raya....Kami menjamu selera selepas itu.Kemudian kami beraya di rumah onyang iaitu di Labu Kubong, Permatang Pelanduk.Sewaktu kami sampai, ada sesetengah sahaja yang tinggal kerana yang lain pergi menziarahi onyang lelaki di kubur..Kami makan sementara menunggu mereka pulang..Beberapa minit kemudian mereka sampai dan kami bersalam-salaman.Ayah dan keluarga kami bersembang sementara kami dan sepupu bermain di luar....mereka masuk apabila sepupu mama hendak memberi duit raya...Kami pulang selepas itu.Kami sekeluarga pulang ke Ipoh dengan membawa seorang sepupu kami, Nabilah.Opah dan mak ngah balik ke kampung...Kami sampai kira-kira pukul 4.30 petang.Kami bersalam-salaman dan mendapat duit raya...Seterusnya kami beraya di rumah tok lang, abang kepada tok wan.Kami balik ke rumah dan mandi.Kira-kkra pukul 7 kami bertolak ke rumah opah.Sesampai sahaja kami di sana, cepat-cepat manolong opah dan uda menyiapkan makanan untuk keluarga onyang beraya.Ia sudah menjadi tradisi kami...Mereka pulang kira-kira pukul 10.30 malam.Itulah serba sedikit cerita tentang raya 2009.

1 comment:

  1. Salam, salam ziarah dari kami sekeluarga.
    Wahhh...........seronok balik kampung.

    Semoga pertalian kekeluargaan antara kita akan berkekalan.

    " We Are Family "

    ReplyDelete